| Syarat dan Cara Memohon Jawatan Kosong Dalam e-Jawatan | |||
| 1. | Syarat Memohon : | ||
| 1.1 | Semua permohonan hanya boleh dibuat secara 'online' melalui laman web MPSP iaitu di http://www.mpsp.gov.my . | ||
| 1.2 | Permohonan secara 'online' tidak memerlukan sebarang muat naik dokumen tetapi diperlukan apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga. | ||
| 1.3 | Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK : | ||
| a) Permohonan tidak dibuat secara 'online'; | |||
| b) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; | |||
| c) Permohonan tidak lengkap | |||
| 2. | Tarikh Tutup Permohonan : | ||
| 2.1 | Tarikh tutup permohonan boleh disemak melalui laman web e-Jawatan MPSP. | ||
| 3. | Had Umur: | ||
| 3.1 | Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. | ||
| 4. | Cara Permohonan : | ||
| 4.1 | Bagi membuat pemohonan jawatan : | ||
| a) Klik ke butang 'Jawatan Kosong' untuk mengetahui jawatan kosong yang di iklan serta syarat - syarat kelayakan jawatan. | |||
| b) Klik ke butang 'Pemohonan Baru'. | |||
| c) Isikan semua maklumat yang dikehendaki dalam borang prapendaftaran.(Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat | |||
| dan senang diingat oleh pemohon sendiri.) dan tekan butang 'hantar'. | |||
| d) Isikan semua maklumat yang dikehendaki untuk setiap halaman-halaman berikut:- | |||
| I) Maklumat Peribadi | |||
| II) Maklumat Akademik | |||
| III) Pengajian Tinggi | |||
| IV) Pengalaman | |||
| V ) KPSL (untuk kakitangan awam sahaja) | |||
| e) Sila semak resume permohonan dan pemohon boleh membuat pembetulan melalui butang kemaskini permohonan. | |||
| f ) Sila pilih jawatan yang dipohon dan tekan butang 'simpan'. | |||
| 4.2 | Sekiranya pemohon mahu melihat status permohonan atau mengemaskini permohonan; | ||
| a) Klik ke butang 'Kemaskini Permohonan'. | |||
| b) Isi kan No.kad Pengenalan dan Katalaluan yang anda pilih untuk masuk ke halaman utama sistem. | |||
| c) Klik pada butang 'KELUAR' setelah selesai | |||
| d) Pemohonan boleh mengemaskini permohonan sepanjang tahun | |||
| 4.3 | Bagi mengetahui status permohonan; | ||
| a) Klik ke butang 'Status Permohonan'. | |||
| b) Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. | |||
| c) Status atau keputusan permohonan akan tertera. | |||
| 5. | Catatan Am : | ||
| 5.1 | Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. | ||
| 5.2 | Pemohon-pemohon diingatkan agar sentiasa menyemak status permohonan masing-masing untuk mengetahui keputusan untuk panggilan | ||
| 5.3 | Pemohon-pemohon yang tidak berjaya menerima sebarang jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. | ||
| Peringatan : | |||
| Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957(Semakan 1989). | |||
| Copyright © 2011 www.mpsp.gov.my | Copyright Reserved. | |||